PENGHARGAAN YANG TINGGI

Dari telefon bergerak kepada komputer riba dan iPod, golongan muda pada hari ini tidak lagi berperanan sebagai alat elektronik.

Oleh SHARMILA NAIR

Jika dilihat kepada pelajar-pelajar sekarang anda dapat bertanya kepada mereka sama ada lebih suka untuk menggunakan telefon bimbit atau tidak, ini telah menjadi trend kepada kepada mereka masa kini untuk menggunakan teknologi yang lebih canggih. Pelajar yang tinggal di asrama akan pulang ke rumah setiap minggu dan akan menggunakan telefon bimbit untuk berhubung dengan rakan-rakan mereka. Ini tidak lagi menjadi kejutan pada zaman ini.

Hakikatnya lingkungan bawahan umur telah tahu menggunakan alat elektronik. Dengan adanya iPod atau telefon bimbit, mereka dapat membuat perancangan dengan rakan-rakan untuk berjumpa pada hari tertentu.

Eddie Goh seorang pelajar kolej mengakui bahawa komputer riba (laptop) seringkali digunakan dalam kehidupan seharian, ianya seolah-olah seperti permainan video dan seperti permainan di rumah. Pelajar yang mengambil jurusan akaun dan kewangan ini berkata beliau telah membelanjakan wang dan masa yang banyak untuk membaik pulih komputer ribanya.

Hampir setiap pelajar di kolejnya mempunyai komputer riba. Eddie menggangap komputer riba ini penting kerana pelajar dapat melakukan tugas seperti membuat tugasan yang diberi dengan lebih mudah kerana ianya dapat di bawa ke mana sahaja. Di sekitar kolejnya terdapat banyak Wifi di mana dia dapat menghubungkan internet dan dapat membuat penyelidikan mengenainya.

Ketika mempunyai kelapangan di rumah, beliau akan bermain permainan yang terdapat dalam komputer ribanya dan mendengar lagu. Komputer riba ini mempunyai banyak kegunaan kepadanya.

Pearl Chew yang berumur 18 tahun juga mempunyai komputer riba kerana lebih mudah baginya untuk membuat penyelidikan secara terus dan membuat tugasan. Jika bersendirian beliau akan mendengar lagu-lagu yang terdapat dalam komputer ribanya.

Biarpun dia seringkali berbual secara terus (chatting) dengan rakannya melalui internet, dia juga menggunakan kaedah lain untuk berhubung dengan rakannya seperti menggunakan telefon bimbit Samsung. Telefon bimbit mudah untuk digunakan dan dapat menyimpan segala maklumat mengenai rakan-rakan dan mempunyai banyak kelebihan kepada sesiapa yang menggunakannya.

Pearl Chew lebih suka untuk menggunakan telefon bimbit kerana ianya mudah untuk di bawa ke mana sahaja dan mudah untuk di simpan.

0 comments:

Post a Comment