skip to main |
skip to sidebar
- Artikel yang keempat bertajuk “The digital ages of man”, oleh Richard Naish.
- Apa yang dapat saya ulas dalam artikel ini ialah situasi guru dan pelajar yang berbeza. Pada zaman yang serba canggih ini segalanya mudah untuk didapati dan setiap orang mampu untuk mempunyai telefon bimbit dan komputer riba. Ianya mudah kepada semua golongan terutamnya pelajar untuk membawa ke mana sahaja.
- Generasi Millenium adalah Generasi Y iaitu generasi pada zaman sekarang. Generasi pada zaman sekarang sudah pandai menggunakan teknologi komunikasi yang ada seperti MP3, Ipod, komputer riba dan sebagainya. Dengan wujudnya teknologi ini telah memberi impak atau kesan yang positif dan melahirkan golongan yang “celik IT”. Ramai di antara pelajar-pelajar yang telah mempunyai akaun seperti Myspace, Friendster, Facebook, Tagged dan sebagainya. Ianya bertujuan untuk menghubungkan mereka dengan rakan-rakan yang terpisah serta mendapat kenalan baru.
- Selain itu, E-Learning juga dilihat sebagai transformasi dalam bidang pendidikan terutamanya di peringkat tinggi. Golongan pendidik juga harus mahir dalam penggunaan E-Learning kerana ia adalah salah satu pengajaran yang harus diterap oleh mereka.
- Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang pelajar yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam, kita harus sentiasa mempelajari sesuatu yang baru supaya kita tidak ketinggalan. Ia juga dapat membantu dalam proses pelancaran sesuatu matapelajaran yang di pelajari.
0 comments:
Post a Comment