- Artikel yang keenam bertajuk “Convergence of Voice and Data Telecommunication Transmission”, oleh Bob Cullen.
- Artikel ini mengulas lebih lanjut mengenai perkembangan telekomuniksai yang sentiasa mempunyai perubahan dari masa ke semasa. Pada masa dahulu komunikasi sangat terhad kepada golongan atasan atau golongan bangsawan sahaja. Apabila syarikat komunikasi semakin maju, penggunaannya dikalangan masyarakat semakin meluas. Situasi ini menyebabkan syarikat-syarikat komunikasi bersaing secara sihat untuk menarik minat pengguna menggunakan telekomunikasi yang telah disediakan.
- Pada masa kini, apa yang membanggakan adalah syarikat telekom telah berjaya menghasilkan telefon tanpa wayar. Kemunculan internet juga telah berjaya mengakses maklumat dengan cepat dan mudah. Terciptanya internet telah membawa sesuatu perubahan baru kepada pengguna secara meluas.
- Dengan adanya syarikat telekomunikasi di Malaysia seperti Telekom Malaysia, Maxis, Celcom dan Digi, mereka telah bersaing untuk menguasai teknologi seperti menyediakan kemudahan internet. Contohnya, “Broadband” telah diperkenalkan pada masa sekarang untuk memudahkan para pelajar khususnya untuk membawa ke mana sahaja dan mereka dapat menggunakan pada bila-bila masa.
- Kesimpulannya yang dapat saya rumuskan adalah dengan adanya syarikat-syarikat telekomunikasi sekarang dapat membantu masyarakat untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan terutamanya kepada para pelajar.
0 comments:
Post a Comment