skip to main |
skip to sidebar
- Artikel yang kelima adalah “Communication technology keeps getting in the way of communication!”, oleh Helen Wilkie.
- Artikel ini mengulas lebih lanjut tentang komunikasi yang sering kita gunakan iaitu telefon. Teknologi komunikasi memberi kesan yang mendalam terhadap manusia dan telah menghubungkan manusia dari satu kawasan ke suatu kawasan lain agar proses teknologi komunikasi berjalan dengan lebih lancar.
- Alexender Graham Bell merupakan orang yang pertama mencipta alat komunikasi iaitu telefon dan beliau telah memberi impak yang besar kepada teknologi komunikasi di dunia.
- Telefon dilihat lebih efisyen berbanding dengan kemudahan teknologi yang lain. Sebagai buktinya email dicipta untuk menggantikan telefon dan telah memberi kesan yang buruk kepada penggunanya. Penggunaan email tidak dapat menggambarkan sesuatu perasaan atau reaksi seseorang itu apabila mendapat email.
- Walaupun kegunaan telefon tidak dapat melihat wajah seseorang tetapi kita dapat mendengar suara dan tindak balas yang diberikan oleh si penerima. Oleh itu, kita dapat mengetahui samada seseorang itu gembira, sedih atau sebagainya.
- Menurut Helen Wilkie, ‘technology is not the problem-the user is’ ianya tepat kerana teknologi dicipta untuk kemudahan semua pihak akan tetapi segelintir pihak telah menyalahgunakan teknologi yang disediakan.
- Hal ini terjadi kerana tiada pengawasan yang dibuat terhadap segelintir individu terutamanya golongan remaja pada zaman sekarang yang sudah celik IT untuk tidak menggunakan teknologi dengan sebaik mungkin.
- Kesimpulannya, teknologi komunikasi seperti telefon telah memberi impak yang mendalam kepada masyarakat, tetapi keburukkannya tetap ada dan sering berlaku dalam masyarakat kita sekarang dan kita harus menitikberatkan masalah ini agar gejala-gejala yang tidak bermoral berlaku di kalangan masyarakat sekarang.
0 comments:
Post a Comment