• Artikel yang keenam bertajuk “Convergence of Voice and Data Telecommunication Transmission”, oleh Bob Cullen.

  • Artikel ini mengulas lebih lanjut mengenai perkembangan telekomuniksai yang sentiasa mempunyai perubahan dari masa ke semasa. Pada masa dahulu komunikasi sangat terhad kepada golongan atasan atau golongan bangsawan sahaja. Apabila syarikat komunikasi semakin maju, penggunaannya dikalangan masyarakat semakin meluas. Situasi ini menyebabkan syarikat-syarikat komunikasi bersaing secara sihat untuk menarik minat pengguna menggunakan telekomunikasi yang telah disediakan.

  • Pada masa kini, apa yang membanggakan adalah syarikat telekom telah berjaya menghasilkan telefon tanpa wayar. Kemunculan internet juga telah berjaya mengakses maklumat dengan cepat dan mudah. Terciptanya internet telah membawa sesuatu perubahan baru kepada pengguna secara meluas.

  • Dengan adanya syarikat telekomunikasi di Malaysia seperti Telekom Malaysia, Maxis, Celcom dan Digi, mereka telah bersaing untuk menguasai teknologi seperti menyediakan kemudahan internet. Contohnya, “Broadband” telah diperkenalkan pada masa sekarang untuk memudahkan para pelajar khususnya untuk membawa ke mana sahaja dan mereka dapat menggunakan pada bila-bila masa.

  • Kesimpulannya yang dapat saya rumuskan adalah dengan adanya syarikat-syarikat telekomunikasi sekarang dapat membantu masyarakat untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan terutamanya kepada para pelajar.
  • Artikel yang kelima adalah “Communication technology keeps getting in the way of communication!”, oleh Helen Wilkie.
  • Artikel ini mengulas lebih lanjut tentang komunikasi yang sering kita gunakan iaitu telefon. Teknologi komunikasi memberi kesan yang mendalam terhadap manusia dan telah menghubungkan manusia dari satu kawasan ke suatu kawasan lain agar proses teknologi komunikasi berjalan dengan lebih lancar.
  • Alexender Graham Bell merupakan orang yang pertama mencipta alat komunikasi iaitu telefon dan beliau telah memberi impak yang besar kepada teknologi komunikasi di dunia.
  • Telefon dilihat lebih efisyen berbanding dengan kemudahan teknologi yang lain. Sebagai buktinya email dicipta untuk menggantikan telefon dan telah memberi kesan yang buruk kepada penggunanya. Penggunaan email tidak dapat menggambarkan sesuatu perasaan atau reaksi seseorang itu apabila mendapat email.
  • Walaupun kegunaan telefon tidak dapat melihat wajah seseorang tetapi kita dapat mendengar suara dan tindak balas yang diberikan oleh si penerima. Oleh itu, kita dapat mengetahui samada seseorang itu gembira, sedih atau sebagainya.
  • Menurut Helen Wilkie, ‘technology is not the problem-the user is’ ianya tepat kerana teknologi dicipta untuk kemudahan semua pihak akan tetapi segelintir pihak telah menyalahgunakan teknologi yang disediakan.
  • Hal ini terjadi kerana tiada pengawasan yang dibuat terhadap segelintir individu terutamanya golongan remaja pada zaman sekarang yang sudah celik IT untuk tidak menggunakan teknologi dengan sebaik mungkin.
  • Kesimpulannya, teknologi komunikasi seperti telefon telah memberi impak yang mendalam kepada masyarakat, tetapi keburukkannya tetap ada dan sering berlaku dalam masyarakat kita sekarang dan kita harus menitikberatkan masalah ini agar gejala-gejala yang tidak bermoral berlaku di kalangan masyarakat sekarang.

  • Artikel yang keempat bertajuk “The digital ages of man”, oleh Richard Naish.
  • Apa yang dapat saya ulas dalam artikel ini ialah situasi guru dan pelajar yang berbeza. Pada zaman yang serba canggih ini segalanya mudah untuk didapati dan setiap orang mampu untuk mempunyai telefon bimbit dan komputer riba. Ianya mudah kepada semua golongan terutamnya pelajar untuk membawa ke mana sahaja.
  • Generasi Millenium adalah Generasi Y iaitu generasi pada zaman sekarang. Generasi pada zaman sekarang sudah pandai menggunakan teknologi komunikasi yang ada seperti MP3, Ipod, komputer riba dan sebagainya. Dengan wujudnya teknologi ini telah memberi impak atau kesan yang positif dan melahirkan golongan yang “celik IT”. Ramai di antara pelajar-pelajar yang telah mempunyai akaun seperti Myspace, Friendster, Facebook, Tagged dan sebagainya. Ianya bertujuan untuk menghubungkan mereka dengan rakan-rakan yang terpisah serta mendapat kenalan baru.
  • Selain itu, E-Learning juga dilihat sebagai transformasi dalam bidang pendidikan terutamanya di peringkat tinggi. Golongan pendidik juga harus mahir dalam penggunaan E-Learning kerana ia adalah salah satu pengajaran yang harus diterap oleh mereka.
  • Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang pelajar yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam, kita harus sentiasa mempelajari sesuatu yang baru supaya kita tidak ketinggalan. Ia juga dapat membantu dalam proses pelancaran sesuatu matapelajaran yang di pelajari.
  • Artikel yang ketiga bertajuk “Facilitating Long Distance Relationship between Malaysia Grandparent and Grandchildren Living in the UK trough Computer Mediated Communication”, oleh Nazean Jomhari dan Sri Hastuti Kurniawan.
  • Apa yang cuba disampaikan dalam artikel ini ialah hubungan antara GP & GC sebagai sebuah media komunikasi yang sangat penting dan canggih.
  • Artikel ini membincangkan tentang hubungan kekeluargaan tidak akan terputus walaupun di mana kita berada begitu juga kesan komunikasi terhadap masyarakat pada zaman serba canggih sekarang. Komunikasi memberi kesan yang sangat mendalam kepada kita terutamanya.
  • Kita dapat melihat melalui komputer sebagai media komunikasi, kita juga dapat berhubung dengan rakan-rakan yang berada jauh dengan kita seperti dapat berhubung melalui email, yahoo messenger, facebook dan sebagainya. Ini disebabkan media komunikasi yang ada sangat pnting kepada kita terutamanya kepada pelajar.
  • Rakyat Malaysia lebih ramai untuk memilih menyambung pelajaran di luar negara berbanding dalam negara. Carta menunjukkan jumlah pelajar terendah di UK dan Ireland pada tahun 2002 menjadi 28% keseluruhannya. Pada tahun 2004 pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di UK meningkat sebanyak 15,189.
  • Pada masa kini, penggunaan komputer sebagai media penyebaran sangatlah penting dalam kehidupan kerana teknologi dilihat mampu menghubungkan kita dengan jarak yang jauh dan kos penggunaan teknologi komunikasi ini dapat menjimatkan dan dapat digunakan oleh semua orang.
  • Sebagai rumusan yang dapat saya rumuskan ialah teknologi komunikasi memberi kesan yang baik mahupun tidak baik kepada pengguna dan sumbangan yang besar kepada GP & GC kerana dapat menghubungkan dengan cara yang cepat dan secara tidak langsung hubungan antara rakan-rakan tidak terputus begitu sahaja.

PENGHARGAAN YANG TINGGI

Dari telefon bergerak kepada komputer riba dan iPod, golongan muda pada hari ini tidak lagi berperanan sebagai alat elektronik.

Oleh SHARMILA NAIR

Jika dilihat kepada pelajar-pelajar sekarang anda dapat bertanya kepada mereka sama ada lebih suka untuk menggunakan telefon bimbit atau tidak, ini telah menjadi trend kepada kepada mereka masa kini untuk menggunakan teknologi yang lebih canggih. Pelajar yang tinggal di asrama akan pulang ke rumah setiap minggu dan akan menggunakan telefon bimbit untuk berhubung dengan rakan-rakan mereka. Ini tidak lagi menjadi kejutan pada zaman ini.

Hakikatnya lingkungan bawahan umur telah tahu menggunakan alat elektronik. Dengan adanya iPod atau telefon bimbit, mereka dapat membuat perancangan dengan rakan-rakan untuk berjumpa pada hari tertentu.

Eddie Goh seorang pelajar kolej mengakui bahawa komputer riba (laptop) seringkali digunakan dalam kehidupan seharian, ianya seolah-olah seperti permainan video dan seperti permainan di rumah. Pelajar yang mengambil jurusan akaun dan kewangan ini berkata beliau telah membelanjakan wang dan masa yang banyak untuk membaik pulih komputer ribanya.

Hampir setiap pelajar di kolejnya mempunyai komputer riba. Eddie menggangap komputer riba ini penting kerana pelajar dapat melakukan tugas seperti membuat tugasan yang diberi dengan lebih mudah kerana ianya dapat di bawa ke mana sahaja. Di sekitar kolejnya terdapat banyak Wifi di mana dia dapat menghubungkan internet dan dapat membuat penyelidikan mengenainya.

Ketika mempunyai kelapangan di rumah, beliau akan bermain permainan yang terdapat dalam komputer ribanya dan mendengar lagu. Komputer riba ini mempunyai banyak kegunaan kepadanya.

Pearl Chew yang berumur 18 tahun juga mempunyai komputer riba kerana lebih mudah baginya untuk membuat penyelidikan secara terus dan membuat tugasan. Jika bersendirian beliau akan mendengar lagu-lagu yang terdapat dalam komputer ribanya.

Biarpun dia seringkali berbual secara terus (chatting) dengan rakannya melalui internet, dia juga menggunakan kaedah lain untuk berhubung dengan rakannya seperti menggunakan telefon bimbit Samsung. Telefon bimbit mudah untuk digunakan dan dapat menyimpan segala maklumat mengenai rakan-rakan dan mempunyai banyak kelebihan kepada sesiapa yang menggunakannya.

Pearl Chew lebih suka untuk menggunakan telefon bimbit kerana ianya mudah untuk di bawa ke mana sahaja dan mudah untuk di simpan.


KOMUNIKASI PADA USIA MUDA

Generasi yang berbeza hari ini mempunyai cara mereka sendiri untuk berkomunikasi, menurut Dr. Carol Kinsey Goman, dan kecenderungan mereka lebih berat kepada bagaimana komunikasi di antara majikan dan pekerja. Ini khususnya berkaitan generasi terkini untuk memasuki tempat kerja mereka. Generasi Y di mana mereka ini menghasilkan pergerakan yang pantas serta anjakan penting dari maklumat serta merta yang berasal daripada Baby Boomers dan Generasi X pula lebih menekankan kepada lebih banyak kepada semangat kerjasama.

Perubahan Tuntutan

Generasi X berkembang jauh dari Generasi lama (1927-45). Organisasinya mempunyai struktur hierarki yang berat, menuturkan kata-kata yang tersusun dan kemas. Cara ini menimbulkan persoalan dengan kemunculan Baby Boomers (1946-64), di mana ia menjangkakan pekerjanya melihat untuk mengurangkan kesan hierarki dalam sebuah syarikat dan meningkatkan komunikasi yang penting untuk berkongsi menaikan nilai dan misi syarikat.
Generasi yang lebih kecil iaitu Generasi X (1965-83) di mana apabila mereka mula bekerja di sesebuah organisasi mereka telah bersetuju terhadap misi dan nilai penting organisasi tersebut tetapi mereka juga menuntut penyusunan kerja yang lebih baik. Menurut Goman, mereka menerima penyusunan kerja ini kerana mereka merupakan sektor yang lebih kecil daripada Baby Boomers. Bagaimanapun, penyusunan pekerja dan majikan berkaitan rapat dengan peningkatan daya kerja semasa, ekonomi dan secara keseluruhannya pembentukan acara generasi tersebut.

Kesan kepada Generasi Y

Generasi Y pada masa akan datang mempunyai kesan yang lebih bermakna dan bagaimana daya kerja dan komunikasi di antara mereka. Menurut Goman, dengan adanya komputer pada masa kini membolehkan manusia bergerak untuk melakukan sesuatu perkara yang lain.
Menurut Goman lagi, Generasi Y mampu melakukan pelbagai tugas dan mereka mempunyai tahap kesabaran yang rendah untuk menampakkan kebosanan dan untuk menarik perhatian setiap generasi. Ini dapat dilihat dalam MTV daripada 100 lontaran imej setiap minit pada penonton mereka, hal ini menyebabkan perubahan imej secara berterusan. Teknologi dapat mengubah pengamatan dan cara ini dapat menggantikan kehendak mereka kepada komunikasi.

Membawa perubahan teknologi

Langkah perhubungan antara generasi muda amatlah penting dan ianya dapat di lihat daripada tindakan “pasif” atau “cergas” komunikasi kepada “aktif” atau “tarikan” komunikasi. Generasi Y mempunyai kehendak aktif yang melibatkan penerimaan maklumat atau mereka akan lebih cepat tidak menumpukan perhatian. Banyak universiti yang telah sedar awal dan berpendapat generasi sekarang memerlukan layanan dan berlainan cara untuk mengambil hati.


Tiada bahagian untuk maklumat

Bagaimanapun, Goman tidak melihat maklumat dalam lingkungan komunikasi, dengan pengecualian ini dari menghentikan komunikasi dan pergerakan komunikasi. “ Ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas kepada mereka supaya dapat dibezakan kepada sasaran generasi yang pasti” menurut Goman.
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sesungguhnya saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan keizinanNya jua maka dapat saya menyiapkan blog ini dengan selamatnya. Blog ini dibangunkan adalah bagi memenuhi subjek (SCCT 1023 Pengantar Teknologi Komunikasi). Sekalung Penghargaan kepada Pn. Siti Syamsul Nurin Binti Mohmad Yazam di atas kerjasama serta komitmen yang beliau berikan.

Ucapan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang sudi mengunjungi blog ini walaupun terdapat kekurangannya.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dan segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.